October 30, 2011

PERATURAN AM
PESTA SUKAN RTM SE MALAYSIA 2011

1. NAMA

1.1. Kejohanan ini dinamakan “PESTA SUKAN RTM SE MALAYSIA 2011”

2. PENGELOLAAN

2.1. Pesta Sukan RTM ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia bersama Kelab Sukan RTM Negeri Melaka RTM Negeri Sembilan dan RTM Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Melaka.

2.2. Bagi maksud pengelolaan, Pengerusi, Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti Pesta Sukan ini dan seterusnya Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia adalah Urus Setia Pesta Sukan RTM di peringkat Pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan dan Jawatankuasa Tertinggi dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

3.1. Undang-Undang permainan semua acara yang dipertandingkan akan mengikut Peraturan- Peraturan Permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa masakini digunakan dan diubahsuai mengikut kehendak permainan yang ditetapkan oleh pihak pengelola sebagai Undang-Undang Rasmi Pertandingan melainkan sekiranya ada Peraturan Khas yang menguasai Pesta Sukan RTM Se Malaysia ini.

4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia layak menyertai dalam Pesta Sukan RTM Se Malaysia dengan syarat-syarat berikut:-

4.2. Peserta

4.2.1. Berjawatan Tetap dan Bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia

4.2.2. Kakitangan berjawatan kontrak yang menerima gaji bulanan melalui penyata gaji yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

4.2.3. Bahagian Perdagangan yang berjawatan Tetap bertugas di Negeri-Negeri layak menyertainya mengikut zon masing-masing, kecuali mereka yang bertugas di Angkasapuri, Kuala Lumpur dan Anggota Polis Bantunan.

4.2.4. Setiap peserta di wajibkan membawa salinan slip gaji 2 bulan (April & Mei 2011) berturut-turut yang telah di sahkan oleh Pengarah Kawasan / Negeri tempat mereka bertugas.

4.2.5. Ketua Kontinjen di pertanggungjawabkan sekiranya ada pesertanya di dapati melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti kelayakan penyertaan , tidak membawa salinan slip gaji atau salahlaku semasa perlawanan atau orang perseorangan telah diambil tindakan tatatertib mana-mana Persatuan Sukan di Peringkat Negeri atau Daerah bagi tahun 2007 hingga 2011 atau telah di kenakan tindakkan pada Pesta Sukan RTM 2009, Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia berhak tidak membenarkan menyertainya.

4.3. Tindakkan Tatatertib

4.3.1. Mana-mana Pasukan atau Pemain yang di gantung penyertaan oleh badan-badan tersebut di bawah TIDAK DIBENARKAN menyertai Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2011 dalam tempoh penggantungannya:-

i. MAKSAK Peringkat Kebangsaan / Negeri

ii. Persatuan-Persatuan Sukan Peringkat Kebangsaan / Negeri

5. PEMBAHAGIAN ZON

5.1. Telah di persetujui oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia pembahagian zon di kekalkan seperti berikut:-

5.1.1. Zon Utara - Negeri Perlis
Negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi
Negeri Pulau Pinang
Negeri Perak

5.1.2. Zon Timur - Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
5.1.3. Zon Tengah - Negeri Selangor (Stesen Pemancar Kajang/ Unit Pengesahan Klang/ JAKIM/ Petugas di Putrajaya ) Wisma Radio/TV

5.1.4. Zon Selatan - Negeri Sembilan
Negeri Melaka
Negeri Johor

5.1.5. Zon Sabah - Negeri Sabah termasuk WP Labuan

5.1.6. Zon Sarawak - Negeri Sarawak


6. ORGANISASI PENGELOLAAN

6.1. Pengelolaan Pesta Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia terdiri daripada mereka yang berikut di bawah:-

6.1.1. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi

Penaung - Menteri Penerangan Malaysia

Penasihat - Ketua Pengarah
Jabatan Penyiaran Malaysia

Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

Naib Pengerusi - Pengarah Penyiaran Negeri Melaka

Ahli-Ahli - Ahli Jawatankuasa
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

6.2.1. Jawatankuasa Peringkat Pengelolaan

Penasihat - Ketua Pengarah
Jabatan Penyiaran Malaysia

Pengerusi Bersama - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

- Pengarah Penyiaran Negeri Melaka

Ahli-Ahli - Ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Kelab RTM Zon Selatan (Melaka, Johor & Negeri Sembilan)




7. PENDAFTARAN PEGAWAI / ATLIT

7.1. Setiap Zon di benarkan mendaftarkan bilangan Pegawai dan atlit seperti berikut:-



7.2. Pengurus atau Jurulatih pasukan dibenarkan bermain sekiranya beliau kakitangan jabatan dan berjawatan tetap didatarkan sebagai pemain.

7.3. Pemain veteran lelaki yang berumur 45 tahun ke atas, mereka yang lahir 1 Jan 1966.

8. BORANG PENDAFTARAN

8.1. Setiap kontinjen dikehendaki menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh jawatankuasa teknikal pertandingan.







8.2. Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama Pengurus / Jurulatih serta atlit dan lain-lain maklumat seperti salinan Kad Pengelanan dan slip gaji yang telah disahkan oleh Pengarah Kawasan / Negeri, hendaklah dikemukakan oleh setiap Zon kepada Setiausaha, Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia pada atau sebelum 1 Nov 2011 Pesta Sukan dijadualkan pada 3 – 7 Dis 2011, Pertukaran atlit boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus permainan sebelum pertandingan dimulakan.

9. SISTEM PERTANDINGAN

9.1. Semua pertandingan akan dijalankan secara Liga kumpulan atau kalah mati seperti berikut:-

9.1.1. Format Satu (1) Kumpulan:-

i. Sekiranya satu-satu permainan hanya lima (5) Zon sahaja yang mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU KUMPULAN, pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan dikira Pemenang dan seterus. Sekiranya acara tersebut kurang daripada Tiga (3) pasukan penyertaanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Induk Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia atau acara tersebut dibatalkan.

9.1.2. Format Dua (2) Kumpulan ( Kumpulan “A” dan Kumpulan “B”)

9.1.2.1. Pusingan Awal:-

i. Enam (6) Zon yang mengambil bahagian dalam satu permainan, akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan “A” dan Kumpulan “B”. Pertandingan akan dijalankan secara LIGA DALAM KUMPULAN.

ii. Johan dan Naib johan permainan bagi Pesta Sukan tahun 2009 akan di dipisahkan sebagai pasukan pilihan kumpulan. Johan akan mengetuai Kumpulan “A” manakala Naib Johan akan mengetuai Kumpulan “B”.

iii. Bagi pasukan lain akan di undi bagi menentukan kumpulan masing-masing.






9.1.2.2. Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

i. Pertandingan Pusingan Kedua akan dijalankan secara kalah mati, johan dan naib johan kumpulan layak memasuki peringkat separuh akhir seperti format berikut:-

9.1.2.3 Pertandingan Akhir

i. Pasukan yang menang dalam pusingan separuh akhir layak ke pertandingan akhir manakala yang kalah akan menentukan tempat ketiga dan keempat seperti format diatas.

10. SISTEM PEMARKAHAN

10.1. Sistem Pemberian mata akan digunapakai bagi acara permainan seperti berikut :-

10.1.1. Badminton

10.1.2. Bola Tampar

10.1.3. Boling

10.1.4. Catur

10.1.5. Dart

10.1.6. Karom

10.1.7. Ping Pong
10.1.8. Sepak Takraw


i. Menang - 3 mata

ii. Kalah - 1 mata


10.2. Bagi permainan berikut pemberian markah akan mengikut format seperti berikut:-

10.2.1. Futsal

10.2.2. Bola Jaring

10.2.3. Bola Sepak

i. Menang - 3 mata

ii. Seri - 1 mata

iii. Kalah - 0 mata

11. PENENTUAN KEDUDUKAN JOHAN DAN NAIB JOHAN DALAM KUMPULAN

11.1. Cara memutuskan keputusan kedudukan Johan dan Naib Johan dalam kumpulan bagi acara Futsal, Bola Jaring dan Bola Sepak, pemenang akan diambil kira seperti berikut:-

11.1.1. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan dikira pemenang (Johan Kumpulan), manakala markah kedua terbanyak dikira sebagai tempat kedua (Naib Johan Kumpulan);

11.1.2. Jika ada dua atau lebih pasukan memperolehi bilangan mata yang sama, perbezaan gol akan diambil kira;

11.1.3. Jika masih seri jaringan gol terbanyak dalam semua perlawanan akan diambil kira;

11.1.4. Jika masih seri, akan diambil kira pertemuan diantara kedua-dua pasukan yang berkenaan, pasukan yang mengalahkan lawan nya dikira pemenang;

11.1.5. Sekiranya masih tiada keputusan, lambung duit akan ditentukan selaku pemenang.

11.2. Bagi permainan-permainan Bola Tampar, Badminton, Boling, Catur, Dart, Karom, Ping Pong dan Sepak Takraw disiplin berikut akan dikuatkuasakan :-

11.2.1 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira pemenang;

11.2.2 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, perbezaan set akan diambil kira;

11.2.3 Jika masih seri perbezaan mata antara yang diperolehi, maka mata kemenangan dan kekalahan dalam setiap set perlawanan keselururhan akan dikira. Perbezaan mata yang tertinggi akan menentukan pemenangnya;

11.2.4 Jika masih seri akan diambil kira pertemuan diantara kedua-dua pasukan yang berkenaan.

12. KEMENANGAN PERCUMA

12.1. Pasukan yang tidak hadir atau lapor diri untuk pertandingan, Jawatankuasa Teknikal akan memberi tempoh 15 minit seperti yang tercatat didalam jadual pertandingan, dikira sebagai memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan (yang telah cukup pemain) tanpa dimaklumkan kepada Jawatankuasan Teknikal Pertandingan atas kelewatannya, tindakan berikut akan diambil :-

12.1.1. Semua perlawanan pasukan yang berkenaan , samada yang telah dilangsungkan atau belum tidak di ambil kira;

12.1.2. Jika keadaan demikian, disebabkan tindakan Pegawai atau pemain maka mereka akan dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Disiplin dan akan dimaklumkan kepada Pengarah Kawasan / Negeri yang berkenaan. Pihak Majlis Sukan berhak mengambil tindakan menggantungkan penyertaannya di dalam semua aktiviti Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia akan datang.











13. PAKAI DAN NOMBOR JERSI

13.1. Permainan-permainan berikut dibawah diperlukan memakai jersi yang bernombor dan seragam yang telah ditetapkan oleh Persatuan-Persatuan Sukan yang berkenaan:-


13.1.1. Futsal - Jersi bernombor di belakang ukuran 6” tinggi dan di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam serta peralatan keselamatan yang dibenar oleh Persatuan Bola Sepak Kebangsaan.

13.1.2. Bola Sepak - Jersi bernombor di belakang ukuran 6” tinggi dan di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam serta peralatan keselamatan yang dibenar oleh Persatuan Bola Sepak Kebangsaan.

13.1.3. Bola Tampar - Jersi bernombor di belakang dengan ukuran 6” tinggi dan di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam kecuali pemain libero warna yang berlainan.

13.1.4. Sepak Takraw - Jersi bernombor di belakang dan dihadapan seperti jersi bola sepak, dengan warna seragam.

13.1.5. Bola Jaring - Jersi dan BIB warna seragam dengan seluar panjang (track bottom)


13.2. Jika terdapat kedua-dua pasukan didalam acara Futsal, Bola Sepak dan Bola Jaring memakai JERSI atau BIB yang sama warnanya, maka pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi atau BIB yang berlain warna. Digalakkan setiap kontinjen membawa 2 warna jersi atau BIB bagi menggalakan perkara berikut akan berlaku.

13.3. Bagi acara Badminton, Boling, Catur, Dart, Karom dan Ping Pong, kontinjen hendaklah menyediakan pakaian seragam yang bersesuaian.






14. JURI RAYUAN TERTINGGI

14.1. Semasa Pesta Sukan berlangsung tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan yang terdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang atau tidak lebih dari 7 orang ahli, terdiri daripada seperti berikut:-

i. Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

ii. Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MSJPM
- Setiausaha MSJPM
- Tiga (3) orang Ketua Kontinjen yang
berkecuali

14.2. Juri Rayuan tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua hal berhubung dengan pengelolaan Pesta Sukan. Ketua Kontinjen / Pengurus Pasukan Permainan boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri. Selain daripada itu, juri berhak mencampuri dalam semua perkara yang berbangkit semasa atau selepas Pesta ini di langsungkan.

15. RAYUAN / BANTAHAN

15.1. Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara, hendaklah dikemukakan oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Permainan berkenaan secara bertulis kepada Juri Rayuan Tertinggi dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) jam selepas tamat sesuatu perlawanan tersebut dengan menyertai wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai wang pertaruhan bantahan dan rayuan.

15..2. Sekiranya rayuan atau bantahan ini munasabah dan diterima oleh Juri Rayuan, maka wang pertaruhan akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung dengan Rayuan dan Bantahan itu.

15.3. Wang Pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia sekiranya Rayuan dan Bantahan itu di didapati tidak munasabah.








16. JAWATANKUASA DISIPLIN

16.1. Jawatankuasa disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan Pegawai atau Atlit dan salahlaku, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua Pegawai Kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2011, ahli-ahli jawatankuasa diisiplin ialah seperti berikut:-

Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MSJPM
- Setiausaha MSJPM
- Tiga (3) orang Ketua Kontinjen yang
berkecuali

16..2. Pihak Jawatankuasa disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberi maklumat yang berkaitan.

16.3. Seorang Pegawai atau Atlit yang telah diarah keluar Padang atau Gelanggang oleh Pengadil Permainan, beliau tidak di benarkan meneruskan permainan dengan sendirinya digantung satu perlawanan dalam perlawanan berikutnya, sehingga Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan yang sewajarnya.

17. PERATURAN TEKNIKAL / CORAK PERTANDINGAN

17.1. Semua jenis sukan yang di pertandingkan akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa dan Kebangsaan yang dikuatkuasa masakini. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujukkan kepada Peraturan dalam Bahasa Inggeris.

17.2. Bagaimana corak pertandingan masih boleh diubahsuaikan untuk setiap jenis permainan berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu dan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia.








17.3. Peraturan dan format pertandingan akan dijalankan seperti berikut:-

17.3.1. Futsal - Pendaftaran Pemain
10 orang pemain

5 orang bermain

Masa Perlawanan
7” - 5” - 7” - Peringkat Awal
10” - 5” - 10” - Separuh Akhir / Akhir


17.3.2. Bola Sepak - Pendaftaran Pemain
20 orang
12 pemain terbuka
8 pemain veteran

11 orang pemain
Kawalan pemain mengikut umur semasa berada di dalam padang waktu perlawanan:
6 pemain terbuka 5 pemain veteran

Masa Perlawanan
30” - 10” - 30” - Peringkat Awal
35” - 10” - 35” - Separuh Akhir / Akhir

17.3.3. Badminton - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain
(6 lelaki terbuka / 3 lelaki veteran / 4 wanita)

Format Perlawanan
1 perseorangan lelaki
1 bergu wanita
1 bergu lelaki veteran
1 bergu campuran
1 bergu lelaki terbuka

17.3.4. Bola Jaring - Pendaftaran Pemain
10 orang wanita

7 orang bermain

Masa Perlawanan
Peringkat awal
10” - 5” - 10” - Peringkat Awal
10”- 5“- 10 - 5”- 10” – Separuh Akhir / Akhir




17.3.5. Bola Tampar - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain

6 orang bermain

Format Pertandingan
Peringkat Awal
- 2 set terbaik daripada 3 set
Separuh Akhir / Akhir
- 3 set terbaik daripada 5 set

17.3.6. Boling - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
( 6 lelaki / 3 wanita)

Format Perlawanan
2 Trio lelaki
1 Trio wanita

17.3.7. Catur - Pendaftaran Pemain
5 orang pemain
( 3 lelaki / 2 wanita)

Format Perlawanan
2 papan peserta lelaki
1 papan peserta wanita

17.3.8. Dart - Pendaftaran Pemain
13 orang pemain
(10 lelaki / 3 wanita)

Format Perlawanan
1 foursome lelaki
1 perseorangan lelaki
2 bergu lelaki
1 bergu wanita

17.3.9. Karom - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain
(7 lelaki / 5 wanita)

Format Perlawanan
1 perseorangan lelaki
1 perseorangan wanita
2 bergu lelaki
1 bergu wanita




17.3.10. Sepak Takraw - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain lelaki
( 8 terbuka / 4 veteran)

Format Perlawanan
Bergu Veteran
Bergu Pertama Terbuka
Bergu Kedua Terbuka

17.3.11. Ping Pong - Pendaftaran Pemain
11 orang pemain
(6 org lelaki terbuka/3 org lelaki
Veteran/ 2 org wanita)

Format Perlawanan
1 perseorangan lelaki
2 bergu terbuka lelaki
1 bergu veteran lelaki
1 bergu campuran

18. TARIKH, TEMPOH PENGELOLAAN DAN JADUAL PERTANDINGAN

81.1. Tarikh Kejohanan adalah pada 3 Disember 2011 hingga 7 Disember 2011

18.2. Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2011 akan diadakan selama 4 hari.

18.2. Semua jadual perlawanan dan aktiviti harian disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pengelola.

19. PENANGGUHAN

19.1. Tarikh, Masa dan Tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh kontinjen yang mengambil bahagian.

19.2. Jawatankuasa Teknikal / Pengelolaan adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.

19..3. Mana-mana perlawanan yang ditanggungkan menurut 19.2 diatas, maka Jawatankuasa Teknikal hendaklah menetapkan semula perlawanan yang telah ditangguhkan iitu.

19.4. Jika perlawanan ditangguhkan / diberhentikan diatas sebab-sebab tertentu oleh Pengadil / Jawatankuasa Pengelola, perlawanan akan disambung semula pada kedudukan mata / jaringan perlawanan tersebut dihentikan. Perlawanan tidak mestinya dijalankan dipadang atau gelanggang yang sama. KECUALI bagi acara bola sepak dan futsal. Ianya mengikut Peraturan Pertandingan yang telah ditetapkan bagi acara tersebut.






20. KEMUDAHAN

20.1. Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan PESTA SUKAN RTM ini seperti Penginapan, Makan dan Minum, serta kemudahan gelanggang pertandingan kecuali Peralatan Sukan dan pengangkutan dibawah tanggungan kontinjen atau akan dikenakan bayaran oleh pihak pengelola.

20.2. Pakaian seragam, peralatan peserta seperti jersi dan sebagainya adalah tanggungjawab kontinjen masing-masing

20.3. Pihak Pengelola tidak akan menyediakan tempat latihan kecuali tempahan berbayar oleh kontinjen berkenaan.

21. GANTIRUGI

21.1. Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa – Jawatankuasa Kecil dan Pegawai-Pegawai yang dilantik, tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan / kecelakaan dan kehilangan yang mungkin berlaku kepada mana-mana Pegawai atau Peserta semasa Pesta Sukan dilangsungkan atau dalam perjalanan atau sebaliknya.

22. HADIAH

22.1. Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:-

i. Piala Pusingan setiap acara Permainan

ii. Piala Johan Keseluruhan

iii. Hadiah Perseorangan bagi Johan, Naib Johan, Ke 3 dan ke 4

23. JOHAN KESELURUHAN

23.1. Johan keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah mendapat pingat EMAS (Johan)

23.2. Sekiranya ada persamaan pingat, pasukan yang terbanyak menjadi Naib Johan akan diambil kira, masih juga ada persamaan, terbanyak tempat ke 3 akan menjadi penentuan.





24. PERKARA AM

24.1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit tidak tercatat dalam Peraturan Am.

24.2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.

24.3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Ketua Kontinjen atau Pengurus-Pengurus Permainan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Am Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2011 serta keputusan Jawatankuasa Tertinggi.

24.4. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan peserta-peserta yang telah didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiraanya terdapat Peserta yang tidak layak menyertainya, seperti tercatat didalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan diambil sertamerta seperti berikut:-

24.4.1. Pembatalan menyertai acara tersebut kepada kontinjen yang berkenaan, hadiah kemenangan akan di tarik balik dan diberi kepada kontinjen yang berhak.















Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2011

No comments:

Post a Comment